Assalamualaikum! Welcome! ^~^

Segala penulisan yang baik itu idea dari ALLAH untuk saya dan penulisan yang buruk itu khilaf saya sendiri. Selamat membaca =)

Produksi "The Wallet"

Berikutan cerita selongkar khazanah Youtube, ini sebuah lagi video yang sangat bermakna hasil kerja sendiri dan rakan-rakan sekuliah. Video ini adalah sebuah Filpen (Filem Pendek). Haha suka hati nak samakan macam Cerpen (Cerita Pendek). Kami hasilkan video ini sebagai projek subjek Kokurikulum UNISEL under Kelab Penulisan Skrip dan Produksi Video yang dikelola En. Nasrudin Md Rahim iaitu pensyarah Fakulti Sains dan Pendidikan waktu itu. Wujud lagi tak kelab ni agaknya? Subjek ni diambil semasa semester 1 atau 2 dalam tahun pertama kami bergelar mahasiswa. Sangat tak tahu apa-apa! So, untuk lulus subjek tersebut selain menduduki exam, projek ni wajib complete! So disebabkan ilmu yang cetek dan ketegasan pensyarah yang mahukan kami berdikari, kami teruskan juga even jatuh bangun bergaduh berbaik acap kali berlaku. Salah faham apatah lagi dan peralihan tugas pun berulang kali berlaku. Nak tak nak, teruskan jugak. So inilah hasilnya;

Tajuk : The Wallet, Kisah Seorang Lelaki yang Jujur
Terbitan : Impac Max Production


Haa... faham ke idok jalan ceritanya? Gini kisahnya, siswi tu kalut nak ke kelas dan tercicir dompet di tengah jalan, si Siswa ni nampak dan dengan niat baik nak pulangkan. Siswi ingat dia dikejar so larilah dia bersembunyi. Akhirnya mereka berjumpa dan dompet dipulangkan. Tu je. Dah tengok part di sebalik tabir? Hah, punya banyak kitorang ulang action! Ada je tak kena. Payung terbang, dompet tak jumpa dan lain-lain. Haha kelakar sungguh. Jerih payah ni berbaloi akhirnya bila kami dapat keputusan cemerlang untuk subjek ni. Amatur je buat filpen ni. Sangat kebudakan. Hehe. Apa pun, kami puas hati dan indah betul pengalaman ni. =) Thanks rakan produksi yang bersama saya! Sydatul, Asyraf, Eeka, Muna, Nurul, dan pelakon-pelakon tambahan! <3

P/S : Lepas berjaya buat video ni, ada jugak buat produksi banyak video lain. Tapi private. hehe.

*Till da next entry. Wassalam.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berminat untuk dapatkan Makanan Penuh Nutrisi dan atasi Masalah Kesihatan? 
SMS/Whatsapp 017-2480424 atau 
  

0 bagi komen: