Assalamualaikum! Welcome! ^~^

Segala penulisan yang baik itu idea dari ALLAH untuk saya dan penulisan yang buruk itu khilaf saya sendiri. Selamat membaca =)

Kenangan Konvokesyen #1

Musim konvo..! Musim konvo..! ^~^
Apa konvo ni? Konvokesyen adalah istiadat rasmi meraikan pencapaian para mahasiswa dan mahasiswi sesebuah IPT dengan menyerahkan diploma, ijazah, sarjana atau kedoktoran  yang berjaya diraih selama bertahun mereka study dengan jayanya. Kalau tak berjaya sure tak masuk list konvo ye dok? =)


Seronok membayangkan betapa gembira segala usaha dicurah, pelbagai pengorbanan, segala ilmu digarap, dan akhirnya tibanya hari konvokesyen untuk mengenggam segulung penghargaan tersebut. Gembiranya hanya DIA yang tahu. Hadiah untuk ibu bapa, para pensyarah yang mencurahkan ilmu, ucapan tahniah dari kawan-kawan dan keluarga, dan tidak mustahil akan menjadi batu semangat untuk adik-adik turut sama belajar dan berjaya.



Kisah bermula di tahun 2006, saya mula menjejak ke alam universiti menimba ilmu Teknologi Maklumat peringkat diploma. Akhir tahun yang sama, telah diadakan Istiadat Konvokesyen Sulung UNISEL! Waktu itu tidak tahu apakah sidang ini sebenarnya. Blur si freshie mungkin. Tapi kali terakhir pergi ke konvokesyen adalah di UPM (pergi pesta je, tak pergi dewan pun), ayah berjaya meraih kedoktoran beliau sehingga memegang status Doktor Falsafah. Siapa tidak bangga? Tentu sahaja beliau menjadi idola saya untuk turut berjaya! Di UPM, pesta konvonya saban tahun sangat meriah dan rasanya dari kecil kami selalu pergi ke Bukit Ekspo UPM, main fun fair! :p

Tetapi tidak di UNISEL waktu itu, mungkin sebab istiadat yang sulung. Suasana dirasakan sangat formal. Tiada pesta tetapi hanya jualan-jualan bunga, studio gambar dan makanan. Di hari persidangan, saya pergi melihat suasana. Sungguh ramai keluarga para graduan. Bermandi peluh, memegang sejambak bunga, menanti dengan penuh sabar, tiada riak mengeluh mungkin dibayang betapa penghargaan bangga meraikan insan tersayang berjaya.


Hening mentari terik memancar, persidangan ditangguh dan para graduan mula keluar dari dewan. Riak bangga terpancar di wajah masing-masing dengan genggaman skrol di tangan, gembira terharu memeluk ibu bapa dan keluarga, seronok bergambar walau jubah disarung agak merimaskan (di fikiran saya waktu itu). Kebetulan itu adalah sidang fakulti saya, mereka super senior saya. Di hati terus kusemat, "Abang Kakak ni berjaya, aku pun boleh! Aku mesti usaha dan akhirnya berjaya menyarung jubah macam mereka, genggam diploma, buat Mak Ayah bangga! Even jubah warna kelabu, calit turqoise je. xde kuning pun, pakai je la" dan saya berlalu pergi dengan semangat yang baru.

Bersambung di sini....

P/S : Menaip sambil terkenang kenangan lalu memang boleh menangis, sob sob. *kesat airmata.

*Till da next entry. Wassalam.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berminat dengan Herbalife? Jom hidup sihat dan mahu jana pendapatan?
SMS to 013-3010693 atau PM Facebook atau email syazwani.syazie@gmail.com

0 bagi komen: